• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

SEMINAR HIJRAH MINDA PERKUKUH JATI DIRI USAHAWAN ASNAF PROPER A

JANDA BAIK, 15 Jun 2025 – Seramai 70 peserta Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf (PROPER A) anjuran Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menyertai Seminar Hijrah Minda yang berlangsung selama tiga hari bermula 13 hingga 15 Jun di Cherengin Hills Convention & SPA Resort, Janda Baik, Pahang.

Seminar ini memberi tumpuan kepada latihan kemahiran insaniah (soft skills) seperti pembentukan jati diri, pengukuhan minda dan sikap, serta penerapan nilai kendiri yang positif dalam kalangan peserta. Program ini bertujuan memperkukuh kekuatan dalaman peserta agar lebih bersedia menghadapi cabaran dunia keusahawanan dan seterusnya mencapai kejayaan yang mampan.

Empat kursus utama dalam bidang latihan keusahawanan yang ditawarkan di bawah PROPER A bagi tahun 2025 adalah seperti berikut:
1. Kursus Gunting Rambut Lelaki & Wanita
2. Kursus Membaiki Telefon Pintar
3. Kursus Francais Usahawan Roti Kaya Junus
4. Kursus Francais Usahawan Minuman Kopi

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengurus Besar Bahagian Pemerkasaan Asnaf, Amirudin bin Osman. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan pembentukan sikap serta kekuatan dalaman dalam melahirkan usahawan asnaf yang berdaya tahan dan berdaya saing.

MAIPk komited untuk terus memberikan sokongan dan bimbingan berterusan kepada para peserta melalui program latihan, pemantauan, serta pembangunan kapasiti keusahawanan, selaras dengan hasrat memperkasakan ekonomi ummah menerusi pendekatan yang strategik dan bersepadu.





.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.