• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

MAIPk SERI ISKANDAR SALUR BANTUAN BINA RUMAH KEPADA ASNAF

SERI ISKANDAR, 31 Mac 2026 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) melalui Cawangan Seri Iskandar terus komited dalam memastikan kebajikan golongan asnaf terbela dengan menyalurkan Bantuan Bina Rumah kepada dua penerima di sekitar daerah ini. Bantuan tersebut melibatkan pembinaan dua buah rumah baharu dengan jumlah keseluruhan bantuan yang disalurkan adalah sebanyak RM155,800.00.

Penerima bantuan ialah Puan Latipah binti Ishak yang menetap di Kampung Baru Bota dan Encik Syed Rahiman bin Syed Ghazali dari Kampung Parit 11, Titi Gantung. Kedua-dua penerima merupakan golongan asnaf yang memerlukan bantuan tempat tinggal yang lebih selesa dan selamat untuk meneruskan kehidupan harian.

Majlis penyerahan bantuan telah disempurnakan oleh Pengurus Cawangan MAIPk Seri Iskandar, AF Ustaz Fadzil bin Mustaffa. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan MAIPk dalam mengagihkan dana zakat secara efektif, khususnya dalam membantu golongan asnaf memiliki kediaman yang lebih sempurna.



.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.